Sekadar
berkongsi cerita sahaja. text ini saya ambil dari page Kami Pencinta Kucing:
KUCING DAN ISLAM
Kucing (Jawi:کوچيڠ)
dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor
kecildari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan
kucing liar Afrika,Felissilvestris lybica dan mungkin dijinakkan
3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba,di mana ia digunakan untuk menjaga
simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan
salah satu daripada haiwan belaan rumah yangpaling terkenal di dunia.
Kucing yang keturunannya berdaftar secara
rasmidipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan. Kucing
bakatulen adalah kurang dari satu peratus daripada keseluruhan populasi
kucing;kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-panjang bela
jinak dan bulu-pendek bela jinak.
Terdapat pelbagai bakakucing domestik, ada
yang tidak berbulu ataupun ekor, dan mereka wujud dalamberaneka warna yang
berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna. Mereka adalah pemangsayang mahir
dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu spesies haiwanlain
sebagai makanan. Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehanuntuk
menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandasmanusia, seperti
yang dijelaskan dibawah.
Mereka berhubung dengan
mengiau("meow"/"miaou"), mengeluarkan bunyi 'purrr',
berdesis danjuga isyarat anggota. Kucing boleh dikatakan baru lagi dijinakkan,
oleh itukucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka akan membentuksatu
koloni kecil. Hubungan manusia dankucing menyebabkan kucing dipuja di dalam
dongeng dan legenda dari beberapa bangsa, contohnya Mesir Purba, Vikingdan juga
Cina.
Abu Qatadah berkata bahawa NabiMuhammad SAW
pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatangyang suka berkeliling
di rumah (binatang perumahan)," [Hadis RiwayatAt-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu
Dawud, dan Ibnu Majah].
Diriwayatkan Saidina Ali RA dan Anas
yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di
Madinah. Lalu,baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke
dalambejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju
kebejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu,
Nabiberhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda)
berwudhuk.Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya
Anas, kucingtermasuk perhiasan rumah rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu,
bahkan tidak ada najis."
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih
At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Saiditina
Aisyah RA semangkuk bubur.Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata
Aisyah sedang solat. Lalu, iamemberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya,
setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor
kucing, lalu memakan sedikitbubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut
dimakan kucing, Saidina 'Aisyah RAlalu membersihkan bahagian yang disentuh
kucing, dan Saiditina Aisyah memakannya.Rasulullah SAW bersabda, "Ia tidak
najis. Ia binatang yangberkeliling." Saiditina Aisyah pernah melihat
Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi,
Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].
Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad,
dan Imam Hadis yang lain. Olehkerana itu, kucing adalah binatang, dimana,
peluh, bekas dari sisa jilatannya adalah suci.
Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi
gelaran kepada Abd al-Rahman ibn SakhrAl-Azdi sebagai "Abu Hurairah"
yang beerti "Bapa anak-anak kucing" kerana sikapnya yang sangat
menyayangi kucing.
sumber - http://scripters.ning.com/
No comments:
Post a Comment