Kucing dan Islam
Abu Qatadah berkata
bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia
binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis
Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].
Diriwayatkan Saidina
Ali RA dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan
suatu daerah di Madinah. Lalu,baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air
wudhuk untukku ke dalambejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah
selesai, Nabi menuju kebejana.
Namun, seekor kucing datang dan menjilati
bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum
lalu (baginda) berwudhuk.Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau
menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah rumah tangga, ia tidak
dikotori sesuatu, bahkan tidakada najis."
Diriwayatkan dari
Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya
memberikan Saiditina Aisyah RA semangkuk bubur.Namun, ketika ia sampai di rumah
Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk
menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada
buburnya.
Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika
ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Saidina 'Aisyah R.Anha lalu membersihkan
bahagian yang disentuh kucing, dan Saiditina Aisyah memakannya.Rasulullah SAW
bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling." Saidatina
Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis
Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan Imam Hadis yang lain. Oleh kerana
itu, kucing adalah binatang, dimana, peluh, bekas dari sisa jilatannya adalah
suci.
Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn
SakhrAl-Azdi sebagai "Abu Hurairah" yang bererti "Bapa anak-anak kucing"
kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.
.
No comments:
Post a Comment