Renungan Ilmi Ukhrawi

Renungan Ilmi Ukhrawi

Tuesday, 4 February 2014

CARA MENGENAL JANTINA KURA-KURA

  

cara kenal jantina kura-kura ni melalui corak belakang badan 

yang kiri ni jantan..tengok la corak jantan lebih banyak dan lagi serabut berbanding betina di sebelah kanan tu. Corak kura-kura betina lebih kemas dan sikit je.

 lagi satu, corak hujung bawah badan jantan tu ada dua jalur terbuka manakala yang betina hujung bawah badan dia tertutup. nampak tak? corak hujung bawah badan tu maksudnya corak yang aku tandakan dalam kotak tu.
 
 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhhVDWZaSp1Lnk-Mz7EUt-v5k72chGGoB0rr03BOZCZg3FNz5aDDPqp33IX3_Deju11B6AwM_xP0DexpZVbMzJ9PKvJeC6jkdTLXwZACjU3F6me91nir7I7v4lPeV7ToFOzqjJVk8RDsZDS/s1600/jantina+kura-kura-horz.jpg  

 

melalui perbezaan saiz pula, yang betina biasanya lebih besar dari jantan.

INFO : KUCING DAN ISLAM






Sekadar berkongsi cerita sahaja. text ini saya ambil dari page Kami Pencinta Kucing:

KUCING DAN ISLAM

Kucing (Jawi:کوچيڠ) dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecildari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika,Felissilvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba,di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yangpaling terkenal di dunia.

Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmidipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan. Kucing bakatulen adalah kurang dari satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing;kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-panjang bela jinak dan bulu-pendek bela jinak.

Terdapat pelbagai bakakucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun ekor, dan mereka wujud dalamberaneka warna yang berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna. Mereka adalah pemangsayang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu spesies haiwanlain sebagai makanan. Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehanuntuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandasmanusia, seperti yang dijelaskan dibawah.

Mereka berhubung dengan mengiau("meow"/"miaou"), mengeluarkan bunyi 'purrr', berdesis danjuga isyarat anggota. Kucing boleh dikatakan baru lagi dijinakkan, oleh itukucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka akan membentuksatu koloni kecil. Hubungan manusia dankucing menyebabkan kucing dipuja di dalam dongeng dan legenda dari beberapa bangsa, contohnya Mesir Purba, Vikingdan juga Cina.





Abu Qatadah berkata bahawa NabiMuhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatangyang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis RiwayatAt-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].

Diriwayatkan  Saidina Ali RA dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu,baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalambejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju kebejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabiberhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk.Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucingtermasuk perhiasan rumah rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Saiditina Aisyah RA semangkuk bubur.Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, iamemberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikitbubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Saidina 'Aisyah RAlalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Saiditina Aisyah memakannya.Rasulullah SAW bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yangberkeliling." Saiditina Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].

Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan Imam Hadis yang lain. Olehkerana itu, kucing adalah binatang, dimana, peluh, bekas dari sisa jilatannya adalah suci.

Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn SakhrAl-Azdi sebagai "Abu Hurairah" yang beerti "Bapa anak-anak kucing" kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.



 http://i.imgur.com/wjHVO.jpg

Celoteh si Tendy..

Renungkanlah..Jika kejahatan juga yang dipilih untuk beraja atas dunia



Jadi..

Kembalilah kepada paksi Syahadah agar sentiasa tekad pada hati dan beriman pada Allah SWT serta benci terhadap kejahatan untuk meraih syurga di akhirat kelak

Monday, 3 February 2014

Ragam si keluarga kucingku..


Hai kawan..Hey.Saya Julie.Suka tido dan bermanja dengan tuan saya..



My Name in Potpot..Paling Comel di hatiku


Comel tak Kak Pot..Lagi comel dari Kak Ton 




Nak masuk umah lak..



Teropong anak bulan Ramadhan bila nak mai..



Hau hau..kena kurung hau..sebab Mek ngada Hau hau..macam orang Cina hau hau



Randy pengalkepala makan tikus



Mak Potpot dapat anak baru..tomei tak..Smart pongi


Aksi Mek ingin membaham kura2..


Eksiden di bawah kelisa..Haha



Takkan terpisah



Hai...apa kabar????



Cik pepeh pepeh..


Time zzzzz..