Renungan Ilmi Ukhrawi

Renungan Ilmi Ukhrawi

Tuesday, 21 January 2014

DOWNLOADING HERE..

LAGU

* SALAHKAH - HAFIZ & ROSSA
* KAU ANGGAP APA - UNGU BAND
* DEALOVA - OPICK
* ENCIK MIMPI
* TETAP MENANTIMU-NOMAD
* NYAWA HIDUPKU-ADA BAND
* JALAN CAHAYA-ADA BAND
* CAHAYA HATI-OPICK
* SEMUA LAGU OPICK
*DISAATKU SENDIRI-DADALI
*

Atuk2 dan saudaranya...Dipetik dari FB sahabat





KISAH BENAR YANG BERIKTIBAR : BERKAT SAYANG DAN MULIAKAN KUCING


Bismillahirrahmanirrahim

                                      

kisah ini diambil daripada sumber Harakah di dalam slot ruanganKisah dari Tanah Suci yang menceritakan tentang sorang wanita muslimah melayu yang berasal dari Perak yang menunaikan haji beberapa tahun lalu.

wanita ini kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab untuk menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.

Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja, yang sunat tidak mampu kerana uzur. Lagipun wangnya cukup-cukup saja. Namun, ada satu amalan mulia dimiliki muslimah ini, yakni MENCONTOHI SUNNAH nabi s.a.w, mengasihani dan menyayangi kucing didesanya.

Dia amat suka memelihara kucing, di rumahnya banyak kucing, dia melayan makan dan minum kucing, dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi. Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius, pendek kata rumahnya menjadi pusat kucing kurap.

Maka, terkenallah rumahnya jadi pusat rawatan kucing, mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih muslimah ini kepada makhlik Allah yang lemah lembut itu.

Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat serta cantik-cantik belaka. Berkat khidmatnya yang ikhlas. Tahun itu, beliau berangkat menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.

Ingin dihatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat, tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardhu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya di makbulkan.

Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar. Apabila kucing itu hendak bangun berjalan ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di Kota suci Makkah.

Lantas diambilnya kucing itu, diurut tubuhnya yang lemah itu, dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni. Dengan takdir Allah kucing itu pulih dan sihat, kucing itu telah menggesel kaki muslimah tadi, lalu menjilat kedua-dua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.

Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku dihatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu. Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi masjid Nabawi, Hajah yang solehah tadi beserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.

Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu. Kucing itu duduk disisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila muslimah tadi sampai keanak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.

Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti nabi kita s.a.w mengasihinya didunia ini, lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin- 

Kisah ini sekadar perkongsian dan renungan buat sahabat-sahabat moga dapat sama-sama kita mengambil ibrah daripada kisah ini. Wallahua'lam.

INFO ISLAMIAH : Kucing dan Islam



Kucing dan Islam

 http://kucingdolby.com/wp-content/uploads/2013/02/cottony-cat-wallpaper.jpg


Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].



Diriwayatkan  Saidina Ali RA dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu,baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalambejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju kebejana. 


http://media.tumblr.com/tumblr_lmycx1LCzk1qdq5u6.gif

Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk.Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidakada najis."



Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Saiditina Aisyah RA semangkuk bubur.Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. 


http://i38.photobucket.com/albums/e120/bang_ichan/Kucing.jpg

Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Saidina 'Aisyah R.Anha lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Saiditina Aisyah memakannya.Rasulullah SAW bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling." Saidatina Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan Imam Hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, dimana, peluh, bekas dari sisa jilatannya adalah suci.

 http://cisdel.com/wp-content/uploads/2012/07/kucing-bermain.jpg


Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn SakhrAl-Azdi sebagai "Abu Hurairah" yang bererti "Bapa anak-anak kucing" kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.




http://www.zordor.com/w/1920x1080/13349.jpg  .


Aksi kucing ngada.


Ingatlah dan beringatlah


Renungan amal pada diri

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgQlo-Bn3Sua143Sy1H-_0VVYM7aJ2WYyp4WxrO0dvWW7cMdPC8jTHZBrhQvyqm5rZD9vwW3ZwPvJPHzsfpiY6RVvukGikXBzC4loSG4YzNd_zc90djS_9EHn0c5hsrR9NteT50OP-XMxY/s400/20910_445523882196010_251483755_n.jpg 

Orang yang berpangkat tinggi sikit,bacalah ni dan sedarkanlah
Jangan kerana pangkat tinggi..
kedudukan bagai raja nak cari salah orang
Sedar salah sendiri..Rendahkan diri..
Sedangka Amiril Mukminin yang bergelar khalifah mempunyai tawadduk pada hati
Sentiasa taat dan bertqawa pada Ilahi
Inikan manusia biasa..
 Ingatlah,pangkat yang diperolehi bukan selamanya
Tapi adalah amanah untuk dilaksana
Bertaqwalah padaNya
Agar hidup diberkati
Bukan mencari pangkat dan harta
Dan biarkan  hidup dicelai..
Sedarlah diri dan kembalilah pada Ilahi